Wednesday, June 27, 2012

Seoul Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbh...

It is a bit awkward, really, to write in sempoi Malay, but that's how I wish to write my note for this entry.

Sebenarnya dah lama nak update blog ni terutamanya lepas balik dari Seoul, tapi tersangat la sibuk dihambat kerja yang bertimbun-timbun, jadinya asyiklah tertangguh niat tu. Alhamdulillah hari ni sementara tunggu Zohor ambil masa untuk buat sedikit catatan.
Pinggang sakit lagi sebab terbongkok-bongkok cabut rumput depan rumah (sebenarnya belakang, tapi sebab keluar masuk ikut pintu dapur jadilah laman belakang tu halaman rumah sewa ni). Tapi dek takut menggangu jiran-jiran dan semakin menyemakkan mata memandang digagahkan jua tangan mencabut rumput. Terima kasih kepada pakcik sebelah rumah yang sudi meminjamkan cangkul keciknya untuk tujuan tersebut =). Moral of the story, jangan tunggu ada masa lapang nak buat sesuatu. Masa lapang tu mungkin takkan kunjung tiba. Mengambil semangat tersebut saya memutuskan untuk mengupdate blog di sebalik paparan berbelas-belas window kerja dalam laptop nih huhuhu..doakan saya...

Okeh, let's go straight to the note of the day. Hati berbelah bagi nak tulis pasal apa-terlalu banyak idea. Tapi sebab dah janji dengan diri sendiri minggu lepas kalau dapat siapkan dua kerja besar ni nak update pasal Seoul dalam blog, jadi kita mula dengan Seoul dulu...

Travel to Seoul: The Adventure Begins

Emm macam bajet bagus ada juga tajuk ni, tapi itulah hakikatnya. Kembara kami berlima ke bumi Seoul memang ala-ala backpackers. Berbekalkan kompas moden (baca: Samsung Galaxy Note) yang dibeli sehari sebelum berangkat ke sana, berkajang-kajang peta subway dan tempat-tempat menarik, serta sebuah buku Korean phrase Berlitz (yang dibeli di LCCT sejam sebelum depart) rasanya cukup untuk menceritakan betapa adventurousnya kembara kami dari 22 Mei hingga 30 Jun. Malah untuk dapatkan feeling ke sana saya sendiri bersengkang mata (konon la) menelaah drama Secret Garden di internet seminggu sebelum tu, walaupun coincide dengan grading karate, sebab dah lama sangat tak tengok/dengar Korean language in action-secara peribadi saya rasa tindakan ini sangat membantu sepanjang di sana. Tapi alhamdulillah sebab Kak Teh kerja dekat bangunan Korea Plaza, jadi sedikit sebanyak maklumat-maklumat tentang Seoul dikumpulkan dari hari membeli tiket sampai hari keberangkatan kami berlima. Sangat-sangat membantu, terutamanya Kak Teh siap buat itinerary untuk kami seminggu di sana. Thank you Kak Teh.

Macam mana boleh sampai sana? Panjang juga ceritanya, tapi demi untuk memastikan semuanya tidak luput dari ingatan bapak annas ini, saya nak juga catatkan.

Tiket

Ceritanya bermula lepas tesis master saya disahkan siap, maknanya dah diakui lulus, dah boleh hantar lepas tu tunggu naik pentas ambik skrol saja. Sekitar Jun 2011, saya di Kolej TNB, UUM waktu tu. Sebaik dapat emel pengesahan daripada penyelia perasaannya tersangat gembira, sampai sanggup buat apa sahaja. Sesiapa yang pernah kena major correction untuk tesis research mesti tahu perasaan tu. Dipendekkan cerita kebetulan masa tu AirAsia tengah buat sale tiket ke Seoul. Saya dan rakan-rakan memang dah lama menyimpan niat nak ke sana, secara serius mengintai peluang sejak Disember 2010 lagi. Dua tiga hari sebelum tu AirAsia ada buat sale tiket ke Seoul, tapi waktu kami semak tempat duduk murah dah habis. Kebetulan dalam tengah-tengah gembira tesis dah lepas (so I'm unofficially an MSc IB by Research at that moment) kawan rapat saya telefon bagitau sale is on again. Bila saya buka laman web saya tengok ada seat mampumilik oleh poket student. Tanpa berlengah saya aturkan 2 tiket untuk saya dan kawan rapat (Cik Aidah namanya), sebab seorang lagi kawan belum decide berapa tiket dia nak, dan sebab masa tu pun saya mampu bayar untuk 2 tiket je dulu. Makna aturkan tiket bukan sekadar book aje, sebab AirAsia ni jenis yang no frill punya flight, jadi mana yang tak perlu saya drop, mana yang perlu saya add. Flight pergi tengah hari, jadi selain luggage saya aturkan juga untuk lunch sekali. Flight balik tengah malam, jadi saya tak ambil meal. Atur punya atur alhamdulillah dapat la beli 2 return ticket untuk RM1430. Ngan-ngam my one month allowance at that time. Lepas atur tiket (belum beli lagi) petang tu dengan keterujaan yang tak boleh digambarkan tapi perlu dicover saya ke Varsity Mall untuk transfer duit ke akaun internet banking saya dan malamnya sahlah 2 tiket tersebut jadi milik kami. Alhamdulillah rezeki. Elok aje lepas beli 2 tiket tu kami semak balik seat murah tersebut telah habis tanpa sempat kawan saya yang lagi sorang ni beli. Agak meraban juga kami sebab macam tak percaya je akan ke sana berdua saja untuk pertama kali. Lepas bincang kawan kami decide kalau ada rezeki pergi sana dengan tiket sale lain kali. Begitulah bagaimana kami beli tiket ke Seoul.

Accommodation

Bagi sesiapa yang maklum, antara halangan utama ke Seoul ialah harga tempat penginapan yang mahal bagi golongan pelajar macam kami. Bisa membuat lubang yang sangat besar untuk poket..alhamdulillah disebabkan orang Seoul ni peka dengan keadaan ekonomi Korea holics ni backpackers and homestay tumbuh macam cendawan. Berbekalkan pengalaman menempah penginapan melalui laman web macam expedia, tripod dan agoda, pencarian tempat penginapan paling sesuai bermula selepas tiket dibeli. Akhirnya dalam bulan September 2011 kami decide untuk view dulu bilik di Inside Backpackers. Waktu tu kawan kami yang lagi sorang ni dapat beli tiket sekali dengan 2 lagi kakaknya, so altogether kami jadi berlima. Sebelum tempah kami decide untuk hantar emel tanya few questions bla bla, then cari dulu other options. Sekitar bulan Januari 2012 kami mengesahkan tempahan 2 bilik di Inside Backpackers. Bayaran booking dibuat melalui my paypal account. Tu first time guna paypal untuk internet transaction across border.

Entry Requirement

Sebelum bertolak, sekitar akhir tahun 2011 kami bermesyuarat tentang Seoul di Sunway Piramid. Visa on Arrival untuk Malaysian going to Seoul, jadi kami tak perlu buat apa-apa kecuali bawa passport yang valid untuk sekurang-kurangnya 6 bulan lagi waktu ke Seoul. Cik Aidah terpaksa renew passport sebab passportnya telah tamat tempoh dalam bulan November. Oleh sebab dia nak juga passportnya tamat tempoh sempena hari lahirnya jadinya dia perbaharui passport pada akhir Mac di Kompleks PKNS.

Money

Alhamdulillah Kak Teh kerja di bank. Orang bank ni dapat special rate untuk currency exchange. Keistimewaan staf bank. Lama juga saya tunggu untuk dapatkan rate paling sesuai untuk ke Seoul. Takut kalau tukar awal sangat nilai won jatuh berbanding RM nanti rugi. Pemerhatian terhadap currency exchange memuncak pada Mac/April 2012. Berdasarkan perkiraan dari awal tahun jangkaan saya akhir bulan biasanya rate lebih favorable. Sekitar akhir April saya transfer duit untuk currency exchange. Banyak mana? Mulanya dicongak-congak sekitar RM2k, tapi lepas tu macam-macam fikir, sampai nak bawa RM5k. Huhu..Jauh di luar kemampuan. Akhirnya saya tukar RM3k untuk bekal di sana. Tawakkal sambil berharap bekal tu cukup sampai kami balik nanti. Dalam won nilainya lebih kurang 1.4 million...Untuk pertama kalinya bergelar millionnaire, di bumi orang. Kak Teh pass kan duit kami (bersampul) waktu di LCCT. Kami buka waktu di Inside Backpackers sebelum mula mengembara esok harinya. Banyaknya not 10k...Itulah pertama kali pegang not won lepas tengok dalam internet rupa notnya.

Rasanya cukup kat sini dulu, nanti tambah gambar sekali..entri seterusnya kita sambung lagi tentang departure/arrival, and tempat-tempat menarik yang dikunjungi, insyaAllah...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment